Salam uols. Sudah berapa purnama kita tidak ketemu. Kurasa bagaikan pulang ke kampung halaman yang sudah kutinggalkan lama. sepi. Tanpa khabar berita..whateverrr!!..
Tujuan utama aku datang balik ke sini sebab aku nak habaq kat hang pa semua. Hari tu aku pergi ke Guilin, China. Jeles tak2x?? Kenapa Guilin?? Bukan Guangzhou atau Shanghai?? Sebab tujuan aku adalah untuk menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan. Tapi sebab utama yang menjadi penyebab aku jejakkan kaki kesana adalah atas ajakan seorang member, cik cantik ariza.
Macam biasalah, tiket masa promo Air Asia aku rembat. Keseluruhan kena bayar RM383 pergi balik. Hotel semua cik cantik dah booking siap-siap. Itinerary pon dia dah siapkan. Semua kitorang redah sendiri je. Hasil rujukan yang telah dibuat oleh cik cantik dan angelina jolie kami kesana tanpa tourist guide. Nak jimat katanya.. Aku bawak dalam 1200 Yuan je..Deposit hotel dah bayar 50 ringgit camtu..Cik cantik dan Angellina Jolie dah terbang dulu pada 1 Oct 2013. Aku menyusul mereka kemudian pada 3 Oct 2013 seorang diri..
Kind-hearted women
Jam 6.25 am aku berangkat ke Guilin dari LCCT. Aku duduk sebelah seorang mak cik ni. Mak cik Misriah dan anak dia Ainul. Perjalanan mengambil masa selama 4 jam. Dalam flight tu, tak borak, tido, tak tido borak, termenung, ke tandas. Aku tak book makanan dalam flight masa pergi, sebab aku memang plan untuk makan dekat Marry brown sebelum bertolak. Mak Cik Misriah dia ada book makanan. Sebab tak sampai hati tengok aku terliur (padahal aku enak je membuta), dia pi bahagi dua makanan dia. Ya Allah,, baiknya mak cik ni. Dalam pada malu-malu kambing, aku habiskan la jugak makanan dia. Alhamdulillah,, kenyang anak wak mail jadinya.
Do Not Give Up. You are Closer Than You Think.
Do Not Give Up. You are Closer Than You Think.
Perjalanan aku bermula setelah keluar dari Liangjiang International Airport. Jam menunjukkan pukul 10.30am. Cik Cantik dan Angellina Jolie dah bagitahu aku kena naik satu bas warna biru putih. So, keluar je dari pintu aku terus cari bas tersebut. Bas tersebut akan membawa aku ke Guilin Town. Bayaran sebanyak 20Yuan sahaja. Kalau nak naik teksi dalam 90 Yuan. Kalau korang pergi 4 orang naik je teksi. lagi jimat dan mudah. Bas ni akan berhenti di 2 perhentian. Perhentian pertama berhenti dekat Guilin Swan Hotel. Untuk ke Guilin Town, aku berhenti di perhentian ke dua. Lebih kurang macam perhentian bas, lokasi dia sebelah Shell. Lokasi seterusnya aku nak menuju ke Guilin Oasis Inn. Turun-turun je pak cik teksi dah serbu. Diorang mintak 50 Yuan. Tapi aku nak 10 Yuan. Paling rendah diorang mintak 20 Yuan. Hasil berkat berlagak dengan pak cik teksi, menapak la aku sampai ke hotel berbekalkan 3 helai peta yang sempat aku print dari google map.
Dipendekkan cerita, orang cina sepatah haram tak faham cakap aku, aku sepatah haram tak faham diorang. Jalan punya jalan, lebih kurang 3 km??atau lebih..sampai satu tahap tu aku give up. Aku tersandar tepi bus stop. Aku tak tahu berapa jauh lagi kaki ni harus melangkah..Siapa aku nak tanya???Puas dah aku termenung tepi bus stop. Tiba-tiba aku nampak seorang mamat ni tengah main handphone. Aku hulur kat dia maps aku. Dia cakap tak tahu. Tapi dia suruh tunggu jap, dia nak search dalam handphone. Pastu tetiba dia suruh aku ikut dia. Alhamdulillah rupanya hotel tu dah tak jauh dah. Terima kasih bebanyak kat mamat tu. Rasa nak cium-cium dia. Sebelum dia pergi sempat dia cakap,,"Welcome to Guilin". So,,sweet..Alhamdulillah Allah jumpakan aku dengan orang yang baik. Selamat aku sampai kat hotel.
Baru je tanya receptionist hotel tu, tiba-tiba Cik cantik dan Angellina Jolie muncul di muka pintu. Terasa hidupku bersinar kembali..Ecewahhh..Masuk-masuk je bilik..wahh..besarnye bilik..seorang satu katil size queen..Lepak dulu dalam hotel,,urut-urut kaki,,regangkan apa yang patut..Sebab perjalanan selepas ni memang tidak boleh di duga..
Endian Halal Restaurant
Perut pon dah berkeroncong. Dalam jam 2 petang camtu, kitorang gerak ke Restoren Halal. Dari Guilin Oasis Inn tu kena seberang jalan. Pastu lalu kat lorong ni tepi dia ada kedai makan, pastu belok kanan..pastu tadaaa..jumpa la kedai makan tersebut. Mujurlah cik cantik dan angellina jolie dah 2 hari kat situ,,jadi aku ikut je diorang. Makanan kat situ, sedap???, murah dan mengenyangkan. Kitorang order satu lauk je,,tapi lauk tu macam boleh makan satu famili..punya la banyak..murah pulak tu..memang sesuai la dengan bebudak bajet macam kami ni..Uniknya kat sini, dia hidangkan kita dengan air teh sahaja..jangan mimpi la nak minum fresh orange ke,,milo tabur ke..apa ntah lagi soda gembira..memang tak la..Sambil didendangkan lagu In-Team kami enak menjamu selera..
Reed Flute Cave
Kenyang perut. Senang hati. Kami pon blah dari kedai makan ni tepat jam 3.00pm. Time is running out..Kitorang kena kejar bas nak pegi ke Reed Flute Cave sebab menurut cik cantik, tempat tu tutup pukul 7 camtu. Kitorang naik bas no.3, bayar 1Yuan sahaja.. Sebelum naik bas, pastikan korang tahu perhentian korang tu nama apa, supaya senang nak balik nanti. Pastu, tahu la nak berhenti kat mana. Eleh,,macam tak pernah naik bas pulak korang ni..Masa tu aku duduk kat Oasis Inn, so aku duk hafal la Xi Cheng Intersection bla bla bla...aku pon dah tak ingat ..siap hafal tulisan cina dia lagi.. Kemudian, Bas no.3 pon sampai,,membawa kitorang ke Reed Flute Cave..Sampai-sampai je..mak aihhhh...mahalnya tiket..90 Yuan kau..nak tak nak kami pon masuk la..Gua ni cantik..unik..bentuk dia tak macam gua yang ada kat Malaysia ni..wajib korang tengok kalau dah sampai sini.. salah satu keindahan ciptaan Allah.
Jalan-jalan dalam tu lebih kurang setengah jam..pastu ada show pakai projector yang aku tak tahu apa kaitannya dengan gua tu..sampai ngantuk-ngantuk..pastu keluar dari gua..macam tu je???Tapi,,kalau aku pakar geologi,,mungkin 2 jam pon tak cukup..Keluar je dari situ,,kitorang cari bas no.3 lagi..Kemudian balik..sampai je dekat Xi Cheng bla bla bla..singgah jap kat taman..tangkap-tangkap gambar..balik hotel dan tidur sampai la esoknya.....krooohhhhh kroohhhh krohhhhhh..
Nantikan episod seterusnya..
Preview: Naik bas berhimpit-himpit..jalan kaki berpuluh kilometer..bertemankan 2 orang mamat Shanghai..bermulalah episod cinta Cik Angellina Jolie..dan cik cantik bertemu peminat di padi teres...
Wo Ai Ni!!
6 comments:
wah wah wah...
yg Guilin je?
yang Phuket, Krabi, Pangkor bagai..mane?mane?
ohoii next pls..mcm cantik jer, mcm poyo jer.angelina jolie who? pfft
@tune: amboi3x..
anisz: haha,,tak tahu sape..hihi
weh, xckp 44 kali, aku tak cantik pon lagi ni:P mcm cantikje. mcm angelina jolieje.
anis: sudah berbibir seksi, bertanye pule..pffttt..
sora
Boleh tahu no fon awak x? Sy nak pergi honeymoon guilin bulan 12 ni. Nak tahu sikit pasal tempat tu. Atau awak contact sy 0139018391. Nadia yazid
Salam bole tahu itinerary penuh trip ini sebagai panduan..sy dh beli ticket ke guilin hope dpt membantu sy sepanjang d sana nanti.email sy zie_savvy@ yahoo.com
terima kaseh
Post a Comment