Saturday, August 9, 2014

Percutian bajet ke Guilin, China - Episod 3

Salam uolls...jom sambung dengan apa yang telah aku mulakan walaupon dah berbulan-bulan aku tinggalkan..

Untuk hari yang ke tiga ni, pagi-pagi lagi kami dah bangun..destinasi hari ni kami target nak pegi ke Yangshuo dan bermalam kek sano..seawal jam 8 pagi kami keluar dari hotel dan check out dari hotel Oasis Inn. Sebahagian barang tumpang letak kat hotel tersebut. Untuk pergi ke Yangshuo, kena naik bas kat stesen bas. Untuk ke stesen bas tu aku tak ingat naik apa, tapi dekat je. Aku sampai la ni susah nak imagine arah jalan sebab pemandu diorang belah kiri..so everytime kompius. Sampai je kat stesten bas kitorang cari bas pergi ke Yangshuo..kat kaunter semua harga tiket mahal,,jalan-jalan kebelakang stesen tu,,nampak macam ada bas haram ke ape ntah,,naik bas tu.Bas yang kitorang naik ni boleh sampai ke Yangshuo,,tapi kami ambil keputusan untuk turun kat Yang Di sebab nak naik bamboo rafting dari Yang Di ke Xing Ping. Sebab berdasarkan cik cantik, view yang terdapat dibelakang duit 20 Yuan ada di sepanjang Yang Di River tersebut.

Jadi kami pon naik bas menghala ke Yangshuo berharga 20 Yuan. Masa tu dah cakap siap-siap nak turun kat Yang Di. Sampai je kat Yang Di, kena tunggu satu bas pulak untuk ke river. bas tu berharga 3 Yuan sahaja. Tok sah mimpi la nak jalan kaki ke river sebab jauh ke dalam. Nama pon bas 3 Yuan kan. Macam sardin la dalam tu. Nak pulak mak cik yang nak offer pakej naik bamboo rafting pon masuk sekali dalam bas tu. Pastu tak habis-habis suh kitorang beli tiket tu ngan dia. Lemas. Tengok derang.

Tangisan Seorang Teman

Dalam berapa minit camtu sampai la kat river..makaih..ramainya manusia..Makcik-makcik tadi tak berhenti lagi follow kitorang suh ambil pakej dia. Kitorang buat muka eksen pi kat kaunter, tanya harga tiket..aku tak ingat dia cakap berapa. Yang penting lebih kurang mahal macam pakej mak cik tu. Masa tu kitorang bajet dalam 100 yuan seorang. Tawar-tawar dengan mak cik tu. Tak dilayan. Diorang tetap nak harga diorang. Kitorang pulak tetap nak harga kitorang. Tak pedulik. Dua-dua degil. Puas la jalan,,cari yang murah sikit..memang bagai melukut ditepi gantang je la..hampir dua jam kehulu hilir..eh ke 3 jam..akhirnya aku dan cik angellina jolie cam dah putus asa..kitorang tak tahan dah nak tawar menwar..nak naik bas. Bila keputusan ini diajukan, cik cantik semacam kecewa..hingga menitiskan air mata..Rasa bersalah menyelubungi 2 orang budak tu..dalam hati dah serba salah..rasa nak terjun je dalam sungai.. Tuhan punya kuasa tiba-tiba ntah macam mana..mak cik yang asyik follow ni dia cakap dia boleh bagi 150yuan..kitorang pon ok la..lari sikit je dari bajet..So,,naik la kami bertiga berbamboo rafting menuju ke Xing Ping..jauh gak la perjalanan..siap tertido lagi tu..

Dari Xing Ping pula nak kena naik bas untuk ke Yangshuo. Untuk ke tempat bas ni kena jalan jauh..Lalu jambatan, lalu kedai2 cenderahati, lalu simpang, pastu sampai la kat tempat bas tu..tanya je orang,,adalah yang faham..i.Allah..kitorang naik bas tu kena bayar 7 yuan. Ditakdirkan cik jollie jumpa kawan dia kat situ..mudah sikit perjalanan kami..perjalanan ke Yangshuo mengambil masa selama sejam lebih. Aku tido sepanjang perjalanan..ngences2..penat woi tawar menawar. Tiba-tiba sampai satu terowong tepi jalan ni, kitorang kena turun..dah sampai Yangshuo rupanya..err belum sampai lg..kena menapak lagi 10km baru sampai..sebab mat mat motor dan teksi semua cekik darah, jadi kami pon gunakan lah nikmat yang Allah beri ini,,yakni kaki..Kitorang punya destinasi seterusnya adalah hotel sleepy tee pee. Ia terletak di shibanqio. Mujur ada kawan cik Jolie td,,kitorang follow dia sampai tengah bandar,,orang panggil West Street..kat sini banyak jual barang kalau malam-malam..berhampiran sini jugaklah terletaknya stesen bas Yangshuo.

Jalan yang tiada penghujungnya

Sebelum meneruskan perjalanan ke Shibanqio,,kami singgah makan dulu kat restoren halal..Restoren tu terletak bertentangan dengan stesen bas..cari slow-slow i.Allah jumpa..restoren ni pon tahu sebab cik cantik dah buat research..keletihan..tak tahu nak makan ape..menu semua dia tampal kat dinding..ada lebih 30 menu kat dinding tu..rambang woo nak buat pilihan..akhirnya order nasi goreng je..sedap makan kat sini...aku makan habis..lepas tu kami teruskan perjalanan..jauhnyaaa...tuhan saja yang tahu. Sebab kami bertiga,,perjalanan tu rasa cam pendek je (membongak bonar)...tanya makcik- makcik yang boleh dipercayai mana shibanqio,,,diorang tunjuk..cam dekat je..siap lukis atas tanah bagai..tapi...tak sampai-sampai gak..jalan...jalan..jalan.. betul la kata orang..jauh perjalanan luas pemandangan...akhirnya..sampai la kitorang kat kampung shibanqio tu..satu hal pulak..nak cari hotel sleepy tee pee..kitorang pikir dah dekat dah..tapi Tuhan saja yang tahu..sepanjang perjalanan tu tak ada langsung tempat yang berpotensi dikatakan sebagai hotel..penat weyh..bawak beg lagi..naik bukit..turun bukit..akhirnya sampai dekat kawasan hotel..nampak signboard sleepy tee pee..tapi pening kepala..signboard tu tunjuk cam dekat je lagi..tapi sebenarnya jauhhhhhh sangat lagi..last- last jumpa family cina ni,,mintak tolong diorang call orang hotel suruh ambil kitorang..sebab kitorang dah rasa lost yang teramat sangat campur penat campur tertipu dengan signboard.

Lucky yang mesra

Syukur,,pakcik hotel tu datang ambil kitorang..datang naik motor..kelass kau!!aku naik dulu,,cik cantik dan cik jollie naik 2nd round..hmmmphhhh...dah naik motor pon ak rasa jauh gilerrr...siap naik bukit ape lagi...serius JAUH. Sampai-sampai aku tunggu kat laman dia. Sementara pakcik tu amik budak berdua tu..Tetiba owner hotel tu keluar,,mak cik yang cantik dan lemah lembut..dia borak-borak dengan aku..dia pandai english. Kehadiran dia ditemani seekor anjing yang besar gabak...anjing yang muka macam musang tu..kucing pon aku geli-geli,,inikan pulak dia yang besar 10x ganda dari kucing,,nak dijadikan cerita,,anjing ni pulak jinak nak nak aku tak nak..dia cuba mendapatkan aku tapi aku sedaya upaya mengelak,,ku tepis-tepis,,tak pasal-pasal kena samak kang..penat nak explain kat mak cik tu aku tak boleh pegang menatang tu..akhirnya anjing tu kena marah..yeayyy!!rasa nak lari je masa tu...tak lama pastu dak berdua pom sampai...kitorang pon check in..Borak dengan owner tu,,cakap jauhnya hotel ni,,dia kata "mana ada jauh, kejap je sampai ma west street",,kitorang agak mak cik tu memang dah biasa ulang alik kot,,tu dia rasa dekat..malam dah tak larat nak pi mana-mana..yelah,,memandangkan perjalanan yang jauhhhhh sangat tu..west street pon tak pegi,,kitorang tidur keletihan..


Nantikan episod terakhir...


3 comments:

Anonymous said...

igtkn tak sambung dh. lupakanlah weehhh tangisan seorg teman 2. teman tu mmg emo sikit.


teman

Anonymous said...

Teman yg ini pun rasa bersalah amat mengingat kisah itu. Maafin kami dong.MZB.

Dari:
yang tulus mencintaimu wahai teman.kau tak emo, tp kami ni yang being unreasonable to you.welebiu

Anonymous said...

Teman yg ini pun rasa bersalah amat mengingat kisah itu. Maafin kami dong.MZB.

Dari:
yang tulus mencintaimu wahai teman.kau tak emo, tp kami ni yang being unreasonable to you.welebiu