Monday, April 16, 2012

2 bulan macam 2 tahun. Ini serius~

Oh,,aku sangkakan dah 2 tahun aku lupa password blog ni. Rupa-rupanya baru 2 bulan je..spoil~  Terasa macam berpantang la pulak..oh,,hai saya rifhan a.ka.a anak wak mail. Aku tahu korang dah lupa aku kan..so,,aku ingatkan.

Baru aku perasan,,tangan aku ni laju je menaip kalau perasaan aku diulangi perasaan bukan perasan semasa hendak menulis adalah sangat memuncak.

           Perasaan boleh digambarkan macam naik roller coaste bukan roller blade. betul tak?


Bila emosi aku sangat gembira, aku boleh menulis dengan sangat laju sambil senyum-senyum depan PC,,ala macam korang senyum-senyum masa balas mesej boifren korang waktu tengah tak gaduh tu..


Bila emosi aku sangat down, aku akan menulis dengan 1001 perasaan diulangi perasaan bukan perasan yang sangat berkecamuk, emosi terganggu,,senang kata jiwa kacau,,ala,,macam bila korang try call boifren korang banyak kali tak angkat-angkat. Camtu la perasaannya..


Dan bila emosi aku berada pada garisan linear dimana paksi x dan y adalah malar..maka aku pon tak tulis apa-apa. Itulah yang berlaku selama dua bulan ni. Sekian. Siapa percaya terima kasih,,siapa tak percaya,,percayalah,,dragon ball ada 7 bijik semuanya.

Azam tahun ni: Satu bulan satu entri.


Thanks baca entri ni!

Monday, February 13, 2012

Ayat biasa orang yang dah lama menyepi dari blog



- Nak bersihkan sawang-sawang yang dah bersepah dalam blog. Dah nama pon laman sesawang,,kalau dibersihkan nanti jadi laman apa??



- Mesti korang rindu aku..Sape rindu takyah angkat tangan. Tak nampak pon.. Padahal tak ada sorang pon sedar tentang kehilangan aku dari alam maya. Semalam ustaz tu kata (saja nak bagitahu aku dengar ceramah) manusia hidup dua alam (alam dunia dan alam akhirat). Ustaz kena tambah satu lagi alam maya.



- Dah tak reti nak tulis apa setelah sekian lama menyepi. Padahal kalau selalu update blog pon,,ntah apa ntah yang aku merepek.



- Saya janji akan jejak kasih kembali dengan korang yang mengerakkan mouse supaya pergi ke laman blog picisan ini..padahal aku tak jejakkembali pon. dan aku tahu pasti ramai tak jejak ke sini sebab aku tak jejak ke sana. sape la nak jejak aku kalau aku tak jejak dia..bape banyak perkataan jejak daa...


p/s: aku sedang mengatur masa nak berblog, sebelum ni aku belasah PC kat ofis duk berbloging. Sekarang tak ada masa aku nak curi tulang. Mudah-mudahan rezeki aku diberkati..aminnn..


nah 50 sen sape baca entri ni!-ni kira rasuah tak?

Thursday, February 2, 2012

I'm coming Home

♪♫ I'm coming home, I'm coming home, Tell the world I'm Coming home..♪♫




Mulai minggu depan, bermulah kisah baru dalam hidup aku. Aku tak tahu jalan yang aku pilih ni adalah jalan bahagia atau jalan duka. Tapi aku yakin, Allah sentiasa ada bersama. Oh, indahnya dapat lepak bawah ketiak mak hari-hari..haha.


p/s: dapat kerja baru, duduk rumah kat kampung, tak perlu jumpa kucing hitam lagi.


Sekian.