Sunday, November 10, 2013

Percutian bajet ke Guilin, China - Episod 2

Salam peeps!!! 

Hari ni aku nak sambung pengembaraan aku, cik cantik dan Angellina Jolie ke Guilin, China. Ikut itinerary yang cik cantik dah buat kitorang akan pergi ke Longsheng. Longsheng terkenal dengan Long Ji Paddy Terrace. Kat sini la terdapatnya perkampungan Yao (orang rambut panjang)..View yang sangat memukau dan mempersonakan. Sila singgah kalau pergi Guilin.



Menuju ke destinasi yea yeahhhhh!! 

Seawal 7 pagi kami dah bertolak keluar dari bilik hotel. Cik Cantik dah buat research, untuk sampai ke Longsheng, kena naik dua bas. Bas pertama, nombor 91 (1 Yuan) yang akan membawa kami ke satu stesen bas. Sampai stesen bas, cari pulak bas ke dua iaitu bas ke Longsheng (24 Yuan). Namun, apakan daya,,kita merancang, Tuhan penentu segalanya..Keluar je dari hotel, pergi ke perhentian bas, cari-cari bas no.91 kat papan tu..malangnya,,bas tu tak lalu situ daaa...So,,tanya bebudak kat situ untuk ke Qin Tan nak naik bas apa..depa pon tunjuk la..jadi,,sudahnya kami naik bas no 88 (2 Yuan, tapi sebab tak tahu,,kitorang letak je 1 Yuan..macam selamber je 2x). Ikut kiraan, ada dalam 6 stesen camtu,,sampai la Qin Tan. Tapi, bila tengok,,lain pulak jadinya..akhirnya kami turun je dekat stesen ke 6 tu..Alhamdulillah,,nampak macam sesat je kan..rupanya tidak..tak lama lepas tu,,ada bas untuk ke Longsheng lalu situ..kami pon naik la..lebih kurang 2 jam camtu,,sampai la kitorang di Longsheng tepat jam pukul 9.45am.

 Kesian,,pakai vogue2 kena duk kat bawah..

Sampai je kat Longsheng, bas tu berhentikan kitorang kat tepi jalan,,kat situ ada mini bus yang akan membawa kami ke Longji Paddy Terrace. Punya lah ramai orang disumbatkan dalam mini bas tu. Bas tu kena bayar dalam 8 Yuan camtu,,kemudian tiket untuk masuk ke Longji Paddy Terrace pon beli dalam bas tu je,,harga dia 80 Yuan..Bas pon bergerak menghala ke Longji Paddy Terrace,,ingatkan dah dekat dah..rupanya nunnnn jauh kat dalam lagi...mak aihhhh..dah la tak dapat seat..memang syok habis lah. Dalam bas ni lah cik Angellina Jolie berkenalan dengan sorang mamat Shanghai..Nama dia aku tak ingat..

Unexpected Hiking

Oh la bas,,nama je naik bas,,tapi tak sampai berapa minit asyik berhenti..siapa sangka kat atas bukit nun boleh jem.Punya la ramai orang yang nak pergi ke sana. Setelah 2 kali bas tu berhenti,,akhirnya kami decide untuk berjalan sendiri,,mujurlah abang-abang shanghai sudi bawa kami sekali..jadi kitorang follow je la dia..jalan punya jalan..pon tak sampai-sampai jugak..akhirnya tepat jam pukul 12.30pm camtu,,sampai la ke check point yang pertama..kat situ korang ada pilihan,,samaada nak pilih jalan kanan atau jalan kiri..bak kata abang shanghai,,jalan kiri tu jauh sikit dan tak ramai orang dan dia nak lalu jalan kiri,,so kami pon ikut la lalu jalan kiri,,lama jugak jalan,,bayang-bayang paddy terrace pon tak nampak lagi,,akhirnya sampai la ke check point yang ke 2,,kat sini korang boleh pilih,,nak naik kereta kabel atau terus mendaki,,alang-alang dah kejang kaki,,kitorang teruskan je lah..jalan lebih kurang 5 minit camtu,,sampai la  check point ke 3..kat sini la sinar muncul kembali..paddy terrace pon dah ada bayang-bayang sikit..orang-orang Yao pon dah kelihatan,,rumah-rumah pon dah ada..sebelum meneruskan perjalanan,,kitorang pon makan bekal yang kami bawa,,sementara abang-abang shanghai pi cari makanan diorang..lepas tu kitorang pon teruskan jalan..sampai ke puncak..dalam pukul 3 camtu sampai kat atas,,keletihan, kepuasan tak dapat diungkap dengan kata-kata,,so,,layan gambar je lah ye...

telur pindang nak buat kenduri kawen sape ntah

 mak cik-mak cik Yao yang bukan sahaja kuat,,malah cun dan sexy lagi tu..

sape ada hilang anak..sila ambil..

 hoi orang depan,,laju sikit boleh tak..

 peminat yang nak bergambar dengan cik cantik,,diorang excited jumpe orang pakai tudung..

 Alhamdulillah kaki dan kasut ni selamat pergi dan pulang

 abang shanghai..

 kanak-kanak riang tengah menari mak yong..
pic kredit to abang shanghai

disaksikan bendera china kami sampai kat atas ni..

lebih kurang pukul 3 camtu,,kitorang pon turun balik..rilek je makcik tu angkat beg

Sebelum turun tu rileks2 jap,,solat kat tempat yang diyakini bersih,,tangkap-tangkap gambar,,kemudian turun..kitorang kena kejar mini bas pulak,,mini bus terakhir pukul 6..dalam pukul 4.30 camtu sampai la kat bawah...tapi disebabkan tak sempat nak sampai ke tempat minibus,,kami decide untuk naik kereta sewa terus sampai ke Guilin town..tawar punya tawar..dapat lah kami berlima naik teksi dengan harga 80Yuan sorang..

Pak cik kereta sewa tu berhentikan kitorang dekat stesen bas Guilin,,dari situ kitorang naik bas menuju ke Xi Cheng Intersection bla bla bla..cuma 2 stop je,,dah sampai kat hotel kami...masa tu kami naik bas no.10..bayar 1 Yuan je,,balik,,mandi-mandi..rehat..tidur...tak sabar nak tunggu hari esok pulak..


Nantikan episod seterusnya..

Preview: Kekecewaan seorang teman,,,jalan yang tiada penghujungnya,,Lucky yang mesra..





8 comments:

anisz said...

wah ada sneak preview gitew.
isn't she lucky.(britney kata)
eh, He is lucky.untunglaaaa

@tune® said...

wahwahwa

Anonymous said...

LOL. preview taboleh blah. ade tambahan weh, jolie buntu memilih, abg shanghai atau adik shanghai. akhirnyaaaaa...


sora

HeNRieTTa JoSe said...

Slm...dh lamer xjengah cni...bestnye bercuti...

Juliet_iRa~" said...

cantiknyaaa pemandangan tu!!!

hehe mcm best je..

hyeee kite igt lagi laa kat awk hihi

ira pon lama dah xupdate blog :p

Wak Gelas said...

wahh sonoknyerr.,ehHHee

nor atikah Rafar said...

hai boley dptkan emel awak?nk nye bajet keseluruhan sbb sy plan nk g tnpA Tour guide gakk..mind to share? hehehe

Julikah Jubili said...

kalau berdasarkan pengalaman dan pemerhatian, boleh x kalau tido dalam khemah je.. hehe.. ataupun