Sunday, July 8, 2012

Krabi Island - Percutian Murah Aku

Woohoo..lama bebenor tak update..ada cerita best baru aku update..Actually aku sibuk mengumpul duit untuk bercuti ke Krabi ni..ceh tipu sangat..Oleh sebab sebelum aku nak pergi ke Krabi, aku suka baca blog-blog yang menceritakan percutian diorang kat sana, so aku bajet cerita aku sat lagi ni bolehlah membantu korang-korang yang nak ke sana. Dengan harapan statistik aku mencanak naik dengan jayanya..puiiih!!!! berangan je la...Cerita ni panjang. Serius panjang,,4 hari 3 malam punya cerita. So,,pi amik bantal dengan tilam siap-siap.

Cun kan Krabi. Kredit pic to miss Arisa.

Sebelum pergi tu,,aku dah beli tiket promo Air Asia,,lebih kurang RM271 kalau aku tak silap..Pastu member aku dah siap book hotel untuk 4 hari 3 malam dan aku perlu bayar hanya RM77.60 sahaja. Bilik ni untuk 2 orang. Jadi, sebilik dalam RM160 la kot. Sebelum berangkat ke sana, aku tukar duit sebanyak RM500 sahaja, ni bajet aku untuk buat aktiviti kat sana dan beli belah sikit-sikit dan makan. Tukar duit,,cuma dapat 4760 baht sahaja. ok la tu.

Super Something kan? 
Day 1

Kitorang bertolak pukul 1.25pm waktu Malaysia..tempoh perjalanan lebih kurang sejam je. Sampai-sampai je kat bumi Krabi tu,,duk kalut-kalut memasing nak cari transport untuk ke hotel. Ada kaunter kat situ,,tinggal pilih je nak naik apa. Dan kitorang memilih untuk naik van,,sebab cuma 7 orang je. Satu kepala,,kena bayar 150 Baht..(kecengg2x).Pak cik Thai tu pon bawak la kitorang pi hotel..Tapi sebelum sampai hotel,,dia berhenti kat satu travel agensi ni..kat sini korang boleh lah pilih-pilih nak buat aktiviti apa sepanjang berkampung kat sana..nasihat aku jangan malas buat survey kalau kau nak harga yang murah. Sebab aku terajin survey,,tak pasal-pasal kawan aku bernama anis (bukan nama sebenar) kena bergusti dengan mak cik kat agensi pertama ni. Siap kena halau lagi kau!!..blah la mak cik.kau lah kenangan terpahit aku kat Thailand..kehkehkeh..So,,sebab buat survey,,dah boleh bajet berapa harga yang kitorang boleh dapat. Pak cik driver ni pon berhenti ke agensi kedua tanpa di minta..dah memang kerja dia la tu kan. Kitorang cakap la nak buat aktiviti Phi phi Island, 4 Island dan bermanja ngan gajah. Mula-mula dia nak bagi 2400baht..tapi kitorang nak 2000Baht...(kecengg2x).. Bincang punya bincang,,dapat. So deal. Lega. Gembira. Pak cik tu pon terus hantar kitorang ke tempat menginap. Green View Village namanya. Nama pon green,,memang penuh pokok la. Boleh la kau ♪♫tanya sama pokok♪♫ kat situ. Malam tu, kitorang pergi cari makanan kat gerai depan-depan tu je. Sebab lapar nasi,,aku pon order la nasi goreng seafood,,berharga 50Baht dan mango juice 25Baht..(Kecenggg2x) Yang bestnya,,kat hotel aku tu hari-hari boleh dengar azan. So,,terserlah lah keislamikannya kawasan tu. So,,aku rasa sangat selamat.

hoi2,,yang belah kanan tu bukan amoi jual motor ye.


Day 2

Keesokan harinya..seperti dalam planning..kitorang nak buat aktiviti melawat 4 Island. Seawal pagi aku dan kengkawan dah bangun. Kami masih tak boleh nak menyesuaikan diri dengan waktu Krabi yang lambat sejam tu. Stress kot nak tunggu kul 830 waktu tu.  Habis dah meniarap, menonggeng, apa semua,,akhirnya sampai jugak kul 830 tu. Kami dibawa menaiki bot. Destinasi pertama adalah Phra Nang Beach. Phra Nang Beach ni ada cerita dia tersendiri. Nak tahu, ko google la sendiri. Tak kuasa mak nak cite..Kat Pulau ni boleh swimming, boleh buat hajat kat dalam gua tu dan boleh buat apa sahaja ikut suka hati kau lah. Nak berbogel pon boleh...

Phra Nang Island with our tourist guide. Kredit to: Arisa

Kemudian kitorang di bawa ke destinasi kedua, Tup Island. Kat sini lagi best, Ikan main konda kondi kat tepi-tepi tu je. Gamat pon bersepah-sepah. Pulau ni agak unik, dari pulau ni, kita boleh pergi ke pulau seberang,,bila air surut,,boleh lah jalan,,kalau air tengah pasang,,jangan ko nak cari nahas.

Gosok gigi guna gamat pon bolehh.. kredit to: anis zahirah


Kemudian, destinasi ke 3, kami ke Chicken Island. Kenapa chicken?? Sebab orang kat situ suka makan chicken ke??ofkos takk,,secara logiknya,,pulau tu berbentuk ayam. Walaupon aku nampak dia sebenarnya berbentuk burung unta. Patutnya ostrich island kan?? Rabun la orang yang bagi nama tu. Cer korang tengok..ayam ke burung unta??


Destinasi terakhir adalah Poda Island,,,cittpodahhh..kat Poda Island ni kitorang lepak-lepak. Makan tengah hari yang disediakan. Berjemur,,,uuuuuuwwww...Keseluruhannya untuk hari ni. Rasa tak best sangat sebab tak banyak tengok ikan main kejar-kejar. Miss Ikan and coral Malaysia so much. Tu la,,gatal lagi nak pergi Thailand.

Habis dah semua pulau,,kitorang dihantar ke hotel sampai dalam kul 4 camtu.. Petang tu dalam kul 5 sebab tak tahu  nak buat aktiviti apa,,so kitorang pi sewa motor. Hajat dihati nak ronda-ronda sekitar Ao Nang Beach. Jadi kami sewa motor, dengan harga 200bath..(keceng...keceng).. untuk sebiji motor selama 1 hari,,ko lenjan la motor tu kemana ko nak pergi.  Bestnya kat sini, 3 orang berbadan gedabak naik motor sekali rilek je tak ada siapa nak hairan.. Dah puas hirup udara pantai,,dah beli semua ole-ole. Kitorang pon merempit balik ke hotel. Ko rasa apa pekdahnya aku sewa motor sehari, tapi cuma pakai dalam sejam je? Balik-balik hotel kitorang terus terjun dalam swimming pool..gedebusshhh!!!

yang depan sekali redha je bawa dua sahabat kat belakang..:P
kredit to: Arisa

Malam tu kitorang lapar. Dari semalam duk mengidam nak makan Pad Thai. So, apa lagi,,serbu gerai mak cik pad thai lah kan malam tu... Itulah kali pertama dan akan menjadi kali terakhir buat aku untuk makan Pad Thai. Dia macam mi,,dan dimasak guna tepung jagung mungkin??melekit lekit..tak kena dengan tekak jawa aku,,dowh~ Pad Thai ni berharga 40Baht. (kecenggg2..)

Lebih sesuai digelar mi gam,,ala2 briyani gam la pulak.

Day 3

Hari ni dah boleh bajet, lepas bangun solat subuh, terus selubung dalam selimut balik. Tak de nak terus bangun buat poco-poco ke untuk tunggu kul 830 pagi tiba. Ngan-ngam 830, kitorang dibawa menaiki bot untuk melawat ke Phi Phi Island. Perjalanan mengambil masa 40 minit. Sakit badan melawan ombak dan kelajuan bot..Kalah naik roller coaster kau..Itulah padahnya nak duduk bahagian depan bot lagi.. Destinasi pertama kami adalah Koh Phi Phi Ley. Kat sini kitorang swimming,,tengok ikan berenang..Buat aktiviti sendiri..

kau tengok nak terkeluar anak tekak member kat sebelah tu.haha

Kemudian, kami dibawa melawat Viking Cave, kat sini dipercayai ada banyak sarang burung. Ini pon tengok dari jauhhhh je,,kemudian kami dibawa melawat ke Maya Bay. Pulau ni cantik. Tu je aku boleh bagitahu korang. Lepas tu,,kitorang di bawa ke Phi Phi Don untuk makan tengah hari. Kali ni makan best sikit,,dia sediakan ala-ala bufet gitewww.. Phi Phi Don ni meriah,,banyak orang jual barang,,ada hotel jugak kot. Tak perasan pulak. Lepas tu petang kami buat aktiviti snorkelling ke pulau-pulau yang aku tak ingat dah apa namanya. Pemandu pelancong tu cakap banyak coral kat sini dah mati sebab Tsunami hari tu. Agak kuciwa. Tapi tetap kagum dengan keindahan alam semesta yang Allah telah ciptakan ni..SubhanAllah!

kitorang tengah snorkelling berirama tu,,hebat tak?

Petang tu kitorak lepak dalam bilik je,,sebab masa tu sampai hotel pon dah kul 5. Malam tu kitorang bercadang nak makan sedap-sedap sekitar Ao Nang Beach. Malam terakhir katanya,,nak jugak rasa tom yam gong!,,hihi..Sebab motor tu kitorang dah tak sewa, so malam tu kitorang mintak tolong orang hotel hantarkan..nak balik hotel nanti..aaa,,lu pikir la sendiri. So,, kitorang pon memulakan pencarian kedai makan. Akhirnya kami memilih untuk makan kat Chaba Restaurant,,kelas kau jah!Duduk-duduk je, agak blur tengok harga makanan dia,,standed restoran chan cenggitu la..Setelah 3 kali orang kedai tu nak amik order,,akhirnya kitorang pon order la sebiji air kelapa, nasi untuk 3 orang makan, tom yam clear semangkuk dan ayam masak sweet sour kot sepinggan.. semua berjumlah 425Baht (Kecengggg2x)..Dibahagi dengan 3 jadilah sorang 14Baht lebih kurang. Korang rasa macam tak kenyangkan. Tapi kitorang rasa tu dah lebih dari cukup. Try la makan macam ni, sure sampai jilat ibu jari kaki. haha..

air kelapa kena sorok takut habis cepat.haha

Dah habis makan, baru decide nak balik naik apa. So, kami decide nak balik jalan kaki je. Penat??tidak..seronok je,,dapat tengok keadaan waktu malam kat situ. Dalam perjalanan tu kitorang sempat makan banana pancake berharga 30Baht..(Kecengggg2x)..Ok la,,not bad. Jalan punya jalan, kitorang terjumpa Uncle Ray dengan wife dia. kat satu restaurant ni. Uncle Ray ni kitorang kenal masa pegi 4 Island hari tu. Tak sangka jugak dia masih ingat kami yang comel ni..hihihihi..:P 


Dalam perjalanan tu,,kitorang terserempak dengan Awie, dia datang situ sebab shooting bikers kental. Tapi tak amik gambar dengan dia pon. Kemudian, kami terus gigih meneruskan perjalanan. Sunyi je kat situ malam-malam. Nampak la orang minum arak selamba je, orang bercium,,orang menari..fuhhh!!! Dalam setengah jam camtu,,kitorang pon sampai bilik,pastu masing-masing sakit badan. Penangan naik speed boat siang tadi tak ilang-hilang. Belum tengok yang lebam-lebam lagi.Sorang-sorang dah macam kena dera aku tengok..haha.

Day 4

Pagi tu, sebelum memulakan aktiviti hari ni,,kami sarapan kat hotel dulu. Nak dapat tenaga sikit. Selalu sarapan roti je.Pagi tu makan nasi goreng berharga 70Baht, telur separuh masak 30Baht dan air teh o 20 Baht..(kecenggg2x)..Aktiviti kitorang hari ini ialah elephant trekking. Gajah tu bawak kitorang ronda-ronda hutan. pastu main-main air..syiokk jugak la..gajah yang aku naik tu nama dia Nara. Awal-awal tanya kat mamat bawak gajah ni  gajah tu jantan ke betina. Dengar macam dia cakap 'She". Tapi last-last baru tahu rupanya dia jantan. Ceh. Misunderstanding disitu. Gajah yang kitorang naik ni diluar kawalan sikit..nak lalu jalan yang gajah-gajah lain tak lalu.cuak gak la mulanya,,tapi lama-lama kami mula memahami dia..Aktiviti ni cuma lebih kurang sejam je,,pastu sebelum balik tu kitorang bagi gajah makan pisang. Kau ingat free..pisang tu berharga 50Baht..(Kecenggg2x)..hehe.


Habis je aktiviti bergajah ni, lebih kurang pukul 1130 ada orang jemput kami untuk ke airport. Untuk transport ke airport kali ni adalah free. Kira termasuk dalam pakej aktiviti yang kitorang nak buat tu la..Sebelum balik tu aku sempat rembat t-shirt untuk family aku,, sehelai t-shirt bernilai 120 Baht untuk dewasa dan 100Baht untuk kanak-kanak. Semua t-shirt aku beli berjumlah 1160Baht..(kecenggg2x)..Dan aku beli fridge magnet berharga 80 baht sepeket, isi dia ada 6..aku beli 3 paket jadi,,240Baht (Kecenggg2x)..  Ni cikai-cikai punya fridge magnet je..hehe..jadi la,,dari tak ada..Masa pi kedai aku tumpang motor sewa kawan balik kedai aku naik tuk-tuk,,kena bayar 20Baht satu kepala,,kalau tak ada kepala jangan mimpi nak naik tuk-tuk ye..:P 


Kami mengucapkan Kap Kun Ka dan Kap Kun Kap kepada semua yang terlibat dalam pembikinan entri ni..haha..Baki duit aku ada lagi 550Baht..Sape nak???Ok2..silap-silap,,camni lagi best..sapa baca entri ni sampai abes aku bagi sorang 50Baht!


*keceng-keceng tu imagine ala-ala bunyi duit kat dalam rancangan tv selalu buat.
*hotel yang kami menginap tak termasuk sarapan.
*banyak aktiviti lain seperti berkayak,,berkuda, mandi air terjun, ATV, water rafting. Tinggal pilih dan bayar je.
*kat sana banyak kedai makan berlabel halal.
*bajet aku betul-betul punya bajet,,orang yang berhoneymoon,,kau pow la laki kau puas2 kat sana..hihi..:P
*jangan cuak la kalau balik-balik dari melawat island tu tetiba ada nampak pic korang dah diframekan berharga 100Baht..haha..


Sekian. The End.

50 comments:

Ym.Bundle said...

wow..best gila krabi..dulu kalau tak aku hanimun kat sana dah..tapi sebab takde bajet redang je la..hahaha..

#lama gila ko cuti blogging rifhan..

Papa Mifz said...

wah sonyap2 pergi Krabi yer...teringin jugak nak ke sana satu hari nanti...insyallah entry nih akan menjadi rujukan den bilo nak ke sano nanti...:)

Anak Wak Mail said...

Ym.bundle: weyh,,aku cakap tak best kot..haha..eh,,redang lagi best dia punya hidupan laut.siyes!

tu la,,lepas ni kompem aku rajin2 kan berblog.


{a[a Mifz: cepat pi!!hehe..bawak mifz sekali!!jangan tinggalkan dia ye..hehe

Anonymous said...

yeaaaaaa ini yg ditunggu2! terubat rindu..makcik singer tak letak?haha..nampak usaha di situ nak sorok monavie hijau ya.anyhu, Tahniah! good job

Anuss eh hahaa

luvmommies said...

WAHAAAAA..TERINGIN JGK NAK PI SINI..OTW KE PHUKET NIH!!TERUJA TGK GAMBO..HARUS PERGI :)

Siti Arfah said...

wah serius best tgk dia brcuti. :) . Gbr2 pn sume cntik blake

fadh leyanie said...

menyeronokkan,dapat naik gajah ! :P

Anonymous said...

ak nak 50 baht!


arisa (bukan nama sebenar)

Aien Alien said...

rifhannnnn!! hehe.

tercapai jugak impian nak ke krabi ya...kecenggg2x tu tak menahan siap aku bayangkan duit mengalirnya macam mana. hehe. takpe duit boleh dicari..pengalaman yang penting.

yana-feehily said...

wahhhhh..dah dpt pegi krabi. tahniah2..

akhirnya rifhan anak wak mail berjaya update blog setelah sekian lamanya menyepi..

psstt..FM tu hulur la kt sini 1..hihhi

~~Ticer Wann~~ said...

wahh bestnya... nak p jugak... kena gi ni..

Anak Wak Mail said...

anis: mak cik singer??buat semak je kot kalau letak..haha

luvmommies:haruslah pergi,,rugi tak pegi wooo..


arfah: memang best sangat!


fadh: naik gajah best!


arisa: alamak dah tukar duitlah..:P


Aien: Aien!!hehe..Alhamdulillah tercapai jugak hasrat hati..hihi..


yana: haha,,i.Allah lepas ni akan sentiasa rajin berblog..hehe

FM tak cukup..haha,,cepat habis macam pisang goreng panas.hihi..nxt time ye!


ticer: pi ngan en.asben awk ye..;)

Anak Wak Mail said...

anis: mak cik singer??buat semak je kot kalau letak..haha

luvmommies:haruslah pergi,,rugi tak pegi wooo..


arfah: memang best sangat!


fadh: naik gajah best!


arisa: alamak dah tukar duitlah..:P


Aien: Aien!!hehe..Alhamdulillah tercapai jugak hasrat hati..hihi..


yana: haha,,i.Allah lepas ni akan sentiasa rajin berblog..hehe

FM tak cukup..haha,,cepat habis macam pisang goreng panas.hihi..nxt time ye!


ticer: pi ngan en.asben awk ye..;)

Jajas said...

seronok ko ye...hehe

Suza said...

halo dh lama x dtg sinie hehe . wah best nyer bercuti jauh2 nie ... paling jauh pown kt Singapore yang dekat giler ngan u haha.

@tune® said...

jelesnye....

diera_nadiera ulalaaa~ said...

waaa..bestnyeee...teringin nk g krabi ugak ^_^

Kancil 8349 said...

wah...bestnya berjalan2...patut pun lama menyepi..apapun selamat kembali...rindunya kita

hassy chan said...

wei syoknyeee!!! mmber ak da pena pgi gak.. dia kata cntik kat situ... giler arrr,,, jeles hahahaha

laskar pelangi said...

seronoknyaaaaaa la.
nak pergi jugak.nak pergi jugak!hi3

A+ said...

#wishlist Krabi! :D

amey said...

selamat x kalau pergi 2 org je? nk pergi bln 11 nt..

cik cabilla said...

nak g jgk bln sbelas ni.. thanks ek.. blog ni byk membantu nk wat bajet sket2 sblm g sane :)

Anonymous said...

Salam kak,
Nak tanya total akak hbs dekat sana berapa ye?

Anak Wak Mail said...

amey: i.Allah selamat je,,kat sana ok je..yg penting jgn ska2 sangat..pandai jaga diri..;)

cik cabilla:sme2..;)

anonymous: total bawah 5 ratus..tu pon tak abes..hehe

Anonymous said...

Akak ingat lg tak detail kos akak kat sana?
Sebab sy bercadang nak pegi ke sana dengan kawan² hujung bulan 12 ni..
Atau akak ada contact dekat sana ke?
Email dekat saya boleh?
Nabil_195@yahoo.com
:)

Anonymous said...

2000bath utk pakej2 tu untuk sorg or satu group?
pulau die sangat2 cantik ke??

raihan razali said...

akak..sy NK email akk..sy plan nk g krabi januari nie...sy nk tya akk ttg trip akk nie..plis email me sitiraihanrazali@yahoo.com

Dzikri Zulhasni said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

salam, akak. saya pun sama bercadang utk ke sana. kalau boleh email saya jepsim@gmail.com
tp saya nk tahu contact utk resort hijau akak tu thanks :)

Anonymous said...

LEH PM X PAKEJ AWK NIE...FB emily onem....

Anonymous said...

hi anak cik mail!
sy plan nk pi craby gak ni. bley PM package awk nih??seriously like seriously super duper best tgk all those ur pic. dh terasa di sana uolz!
kalo boleh, bg skali contact person kat sana..hollaaa...!

akuxinca@gmail.com

kami said...

nak pergi Krabi mac nnti. boley tak nak mitak pm package yg awak ambik. yg plg berminat resort green view tu sweet sgt!

Anak Wak Mail said...

salam semua yg bertanya..first sorry dzikri n kami sy terdelete msg..on9 kt hp..screen kecik sgt..tersilap tekan..hihi...kalau sesapa nk tanya detail boleh email terus ke hanh_reef@yahoo.com

1. 2000baht tu utk seorang. saya buat 2 island hoping, n aktiviti gajah..dan dia hntr blik e airport jugak..

2. pulau dia cantik..tp tak smua...org ramai sgt..ada pulau yg coral dia dah mati..tp cntik la..tp saya suka lg tioman..hihi

3.hotel green view tu search kat agoda je..pastu member book on9 guna kredit kad.bilik yg sy menginap tu kecik je..toilet besar..xd aircond..pkai kipas je..cukup untuk 3 org..ada balkoni..swimming pool..jauh dr beach..but xde maslah boleh sewa moto n kete..

4. saya xde pakai pakej apa2..atau kontek no..pegi sna redah je..pakej mgkin kt aktiviti tu sahaja..

sekian.tq...:)

JOE said...

salam,

kalau nak dapatkan pakej percutian yang murah dan terbaik, saya rekomen zulu travel..

boleh check website mereka www.zulu.my

puteri nurul said...

Boleh x send phone number.nak tanya u pasal pakej

TIM CM said...

Brapa bajet percutian untuk ke krabi ni? dan apa tip tip percutian ke krabi?

NinaAz said...

Salam kenal. Bestnya krabi.xsabar nk g. Hihi

rabbit said...

baru plan dgn husb nak g sane...kak cik dah smpi boleh la dpt info ckit....

tq2...

IsabellaIdura said...

Saya pun nk pergi. Jumpa blog anak wak ni, ahaks.Anyway salam kenal. Jom jumpa fi blog saya plak http://isabellaidura.blogspot.com.

Achik_Huda said...

Salam..nk tanye..ok tak resort yg awak stay tu..? awat amik room yang mane ye? yg fan or air-cond? rate semalam brapa ye? jauh tak walking distance nk ke pantai?

TQ..sori byk tanye...tgah cari hotel untuk trip ke krabi nnti..if resort yg awak stay ni ok, then nk reserve yg ni..kalo room yg with fan tu seram tak?

Anonymous said...

cantik sgt pulau2 tu... thanks... info sgt berguna...

Siti Nadey said...

salam

Boleh bagi nama hotel yang disewa???

nadey_slam@yahoo.com.my

Amsyahril Syahril said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


Eyna Ahmad said...

Nice entry... Wlpn pjg berjela, abes gak I baca hihi

Anonymous said...

Dgr cite ne da boking 30 jun ne ge Susanna mlm sama ke dgn phuket nighttime

Anonymous said...

nk murah ke krabi jom ikut pakej saya

fb:triphatyaisongkla@gmail.com

@tune® said...

wahwahwah....

ReDiculousLy said...

Thanks for the info....aku pun nak pegi krabi soon...so saja cari info...nampak mcm fun je...

gembira tour krabi said...

Very nice blog, nice photo and useful information about trip to Krabi. Thanks for sharing your experience!!