Tuesday, February 24, 2015

Pengalaman temuduga kerja

 Assalamualaikum!

Kali ni aku nak share sikit pasal satu dua interview yang aku dah lalui. Manalah tahu pengalaman aku ni sedikit sebanyak boleh bagi gambaran buat adik- adik yang baru nak berjinak- jinak dalam alam pekerjaan yang mencabar ni..seriously..aku rasa alam pekerjaan sangat mencabar..oh indahnya jika dapat kembali ke alam persekolahan kan!!kalau ada mesin masa aku nak masuk alam kanak- kanak umur 2 tahun cenggitu..boleh???

Sebelum pergi temuduga,,benda biasa aku selalu buat adalah bersedia. Sediakan semua dokumen yang dikehendaki. Benda biasa yang diorang nak resume, photostate kad pengenalan, photostate sijil- sijil yang berkenaan, application form (biasa kalau swasta), gambar passport/ic. Kemudian aku akan buat kajian tentang kampeni yang aku nak ditemuduga dan skop kerja yang aku apply. Sebab konfiden level aku agak rendah sama dengan ketinggian aku,, biasanya benda paling nebes aku nak buat adalah perkenalankan diri. Aku paling tak suka part perkenalkan diri, sebab aku rasa benda tu poyo!!! Pastu pulak nak cerita macam2 pasal diri sendiri dekat orang yang aku baru kenal tak sampai berapa saat tu..biasanya aku ada buat karangan khas untuk perkenalkan diri..Haha..lantak la korang nak cakap apa..aku memang penakut..

First aku nak cerita pengalaman aku interview di satu syarikat swasta. Biasanya ketua jabatan dia yang akan temuduga. Macam biasa, mula-mula dia minta kita perkenalkan diri. So, aku goreng la pasal diri sendiri, biasa aku bagitahu nama, pasal family, pendidikan tertinggi aku, pengalaman kerja aku dan apa kerja aku buat sekarang. Kadang- kadang kalau ingat,, aku cerita pasal kekuatan dan kelemahan yang aku ada. Masa lepas-lepas grad dulu aku selalu bawa thesis dan cerita sikit pasal final year project aku yang tak berapa nak semenggah tu dan yang paling syok bila cerita pengalaman masa internship..haha..kesudahannya aku tak dapat keje ni..

Pengalaman kedua  syarikat swasta gak..ni pon masa lepas2 grad gak..lepas grad memang susah betul nak dapat keje..syarikat ni up sikit la..femes,,banyak kilang dia..interview dia ada 3 stage dalam sehari. First stage datang-datang dia suruh isi borang,,pastu dia bagi kertas A4, dia suruh buat satu lukisan. Dalam lukisan tu dia nak ada bukit, matahari, sungai, rakit, pokok kelapa,,apa ntah lagi aku pon tak ingat. aku agak dia nak tengok personaliti kita dari lukisan yang kita lukis tu..lepas siap semua,,sesi temuduga pon mulalah..tak silap aku sorang je penemuduga..dia suruh perkenalkan diri..dan masa ni dia banyak sangat tanya pasal family aku..aku pon ceritala apa yang aku nak cerita..masuk pulak stage kedua..masa ni dia bawak jalan-jalan di sekitar kawasan production..perghhh..first time tu aku masuk kilang..baru la aku tahu suasana kilang yang sebenarnya..lepas dah jalan-jalan tu masuk balik ofis..kali niorang lain pulak yang menemuduga..orang ni banyak cerita pasal kerja yang bakal di buat oleh aku..dia cerita kerja ni susah..awak boleh buat ke?? Masa interview biasanya kompem kita cakap boleh punya..haha..masuk stage ketiga pulak ditemuduga oleh manager..aku dah tak ingat dah apa aku borak ngan manager..interview habis kat situ je..dan aku tak dapat kerja ni..

Pengalaman interview yang ketiga aku kat agensi kerajaan..tapi masa ni diambil untuk jadi pekerja sementara sahaja..masa interview ni penemuduga dia adalah pengarah jabatan tu..best interview dengan pengarah jabatan ni sebab orangnya friendly je..nak pulak dia terima jokes aku..masuk-masuk aku disuruh perkenalkan diri..masa perkenalkan diri..aku ada cerita pasal masa menganggur aku buat ape..dan dia seronok dengar pasal cerita aku masa menganggur tu..takde pebenda pon sebenarnya..masa menganggur tu aku tolong kakak aku jaga cendawan dia..tu je..aku dapat agak dia nak tanya pasal proses-proses cendawan nak tumbuh camne..so aku dah baca la sikit sebanyak pasal cendawan tu..dan masa interview ni pon pengarah tu suka dengar pasal final year project aku yang aku rasa tak berapa nak semenggah tu..hihi..dan untuk interview yang ni aku dapat diterima sebagai pekerja kontrak di situ.

Pengalaman aku seterusnya adalah tempat dimana aku kerja sekarang..interview masa ni memang sempoi-sempoi je..akak yang interview aku pon sekarang dah jadi member dah..macam biasa mula-mula dia suruh perkenalkan diri..pastu dia tanya ada pengalaman ke dengan kerja yang aku apply ni..aku cakaplah terus terang..aku memang tak ada pengalaman dalam bidang ni...sebab kerja aku sbelum ni buat kerja makmal..pastu dia tanya datang kerja naik apa, tanya pasal family,,pastu dia cerita sedikit sebanyak pasal kerja yang aku apply tu..lebih kurang gitu2 je la..pastu interview tu pon habis..aku pikir memang masa tu dia nak pakai orang sangat..so aku pon diterimalah bekerja kat situ..

Pengalaman seterusnya adalah temuduga di agemsi kerajaan..aku dapat interview ni pon sebab isi borang SPA tu la..tup2 dapat pulak jemputan untuk jawab soalan online..aku tak ada beli pon nota2 untuk jawab exam tu ke apa..sebab exam online ni lagi senang..sambil aku jawab sambil tu aku google jawapan dia..aku yang tak berapa nak cerdik bab sejarah dan pengetahuan am ni pon lulus lah..Alhamdulillah..dengan izin Allah jugak ni..tak lama lepas tu..aku dipanggil untuk temuduga...masa tu aku temuduga dekat Putrajaya..sampai2 je..tengok..ramainya orang yang lulus exam..hihi..tunggu giliran..sampai giliran aku..aku pon masuk..dalam tu ada 3 panel penemuduga..2 orang dari jabatan tersebut dan seorang lagi pegawai SPA..semuanya perempuan..masuk2 je aku bukak pintu, bila dh kat dalam aku pon bagi salam..salah seorang penemuduga yang agak friendly tanya aku dah sarapan ke belum??aku jawab dah..pastu dia suruh perkenalkan diri..aku pon ceritalah pasal diri aku cam biasa..temuduga ni pon dalam bahasa melayu je..nak dijadikan cerita masa ni aku teringat pulak nak cerita pasal kekuatan aku..orang tu ambil point tu untuk jadikan soalan untuk aku..aku pon apa lagi..belasah la selagi boleh..lepas tu dia tanya pasal kerja yang aku buat dan apa kaitannya dengan kerja yang aku mohon ni..kemudia, dia tanya apa ciri2 yang perlu ada untuk aku jawat jawatan tu..tu pon aku belasah gak..last sekali dia tanya pasal salah satu bidang tugas jabatan tu dan dia tanya sedikit pasal pengetahun am yang berkaitan dengan jawatan tu..keputusannya aku tak dapat jawatan tersebut..

Pengalaman last aku adalah di satu syarikat swasta..masa ni aku dah ada kerja tetap..cuma aku saja nak cari pengalaman kat tempat lain je..so,,aku tak letak harapan yang tinggi untuk keja ni..Masa datang temuduga,,aku tak berapa nak ready..tapi aku dah sediakan apa yang dia suruh bawak..nak tak nak dalam pale hotak ni duk hafal "my name is..my name is" sampai kat dalam bilik tu masa tunggu penemuduga tu datang pon aku duk fokus pasal perkenalkan diri..haha..tiba2 masuk seorang lelaki dia sebut nama aku..aku ye kan lah..pastu tiba2 dia cerita pasal diri dia..tiba2 masuk pasal Islam...tak lama masuk pasal bangsa..tak lama lepas tu masuk pulak pasal politik..aku rasa macam blur..sikit pon tak suruh aku perkenalkan diri, apatah lagi cerita pasal kerja.. aku rasa macam aku apply jawatan untuk jadi ahli politik ke ape..nak tak nak aku layankan je la..aku fikir mungkin dia nak tengok camne cara aku berkomunikasi dengan dia..dengan pengetahuan aku yang agak cetek ni..aku hentam je la..yang penting ada point kat situ..dah habis cerita pasal tu semua..baru dia teringat pasal kerja..dah masuk bab kerja dia cerita pulak pasal budak2 kilang tu punya kisah..pastu dia cerita serba sedikit pasal kerja yang aku kena buat..temudga tu berlangsung selama dua jam..yang aku tahu orang tu banyak pengalaman dan pengetahuan..

Kesimpulannya , sebelum pergi temuduga prepare la betul2..bila kita sedia dan ilmu penuh didada..Insya'Allah..secara otomatik..confidence level kita meningkat..Tapi..jangan pulak sampai terover confident..hihi..rezeki ada di mana-mana..bila gagal satu temuduga tu jangan rasa down..buat tambah- tambah pengalaman..aku yang menulis ni pon selalu kurang kompiden level..sampai la ni..duk ketaq-ketaq bila nak ditemuduga.. Tapi AlhamdulillAh..ada gak rezeki untuk aku..hihi..Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing..so,,jangan risau sampai duk tepi tingkap rumah mengenang nasib..dari duk tepi tingkap elok keluar cari kerja!!

opss!!terpanjang pulak entry ni..hihi..

Sekian!




5 comments:

Lea IsNawi said...

banyaknya pengalaman dia..
sy tak penah lg interview dgn syarikat swasta

sHie is Me said...

Kerja kat mana sis? Nak apply jugop.. sy pn bidang makmal.. bru lps interview spa tp agak tough sbb penemu ramah tu sgt cerewet. Nak cubq nasib andai ada kosong lagi.. tlg sis

Diyana Jamal said...

nice sharing:) sy ada tulis entry terbaru. Moga-moga memberi manfaat http://diyanajamal.blogspot.my/2016/02/5-cara-menjadi-kaya.html

ahmad hafizuddin asnawi said...

Nak tanya temuduga kat syarikat swasta ni susah tak? dia guna bahasa bi sekali ke? terima kasih :D

tiga lalat said...

pengalaman yg baguss., hehe2